Terkini

Lembu terbesar didunia


Image result for knickers cow

Saiz merupakan faktor yang sangat penting pada seekor lembu kerana dari situ boleh diketahui mengenai produksi daging dan susu yang boleh ditawarkan. Pada pandangan petani, lembu yang besar merupakan satu kejayaan bagi mereka tetapi pada masa yang sama perlu difikirkan juga cabaran-cabaran untuk membiakkan baka besar. Bukan sahaja cabaran dari segi makanan tetapi juga bagaimana baka-baka ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan iklim-iklim tertentu. Oleh itu, tidak semestinya baka besar mendatangkan lebih keuntungan. Terdapat lebih dari 920 baka lembu didalam dunia pada masa ini antaranya ialah Chianina, South Devon, Maine-Anjou, Glan Cattle dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, telah tersebar gambar lembu yang dipercayai akan menjadi lembu terbesar di dunia yang bernama Knickers. Ketinggian Knickers mencapai 1.94 meter (6 kaki 4 inci) dan direkodkan seberat 1,400 kg (1.4 tan).

Di atas sebab-sebab ini kewujudan Knickers telah menjadi fenomena di internet dan menjadi berita di seluruh dunia.

“Ia tidak terkawal,” kata Geoff Pearson, pemilik Knickers, melalui telefon dari ladangnya di Myalup, Selatan Perth. “Saya tidak mengharapkan ianya akan menjadi sebesar ini. Saya telah ditelefon setiap setiap 10 minit sejak pukul empat pagi.”

Tetapi berita ini bukan hanya sedang hangat di Australia sahaja, Pearson berkata dia menghabiskan masa melayan panggilan dari UK, US, Kanada dan New Zeland. Cerita ini turut diambil oleh BBC, CNN, USA Today dan akhbar British, Daily Mirror.



Saiz Knickers yang besar ini sangat membingungkan dan sudah pasti banyak persoalan yang timbul: Adakah dia dibesarkan untuk menjadi sebesar ini? Atau dipam dengan hormon? Adakah ini menandakan dawning era of bovine megafauna? Bagaimana Knickers menjadi begitu besar?

Pemiliknya membalas bahawa dia sendiri tidak tahu dan ia merupakan kejadian yang aneh.
Knickers bersaiz besar kerana Knickers diberi peluang untuk membesar dengan ketinggian ini. Kebanyakan lembu baka sebegini akan dijual pada kilang pemprosesan pada umur dua ke tiga tahun. Mereka yang dijual berkemungkinan untuk membesar sehingga ke saiz begini tetapi tidak mendapat peluang itu.

Cerita Knickers merupakan inspirasi kepada pengharapan. Pearson telah cuba untuk menjual Knickers pada bulan lepas tetapi telah diberitahu oleh tukang daging bahawa Knickers terlalu besar untuk mesin pemprosesan.

Maksudnya, Knickers boleh menjalani hari-harinya dengan bahagia di atas tanah seluas 3,000 hektar di Western Australia, yang turut merupakan rumah kepada 4,000 ekor lembu lain yang mana dia bertindak sebagai ketua- menunjukkan kepada mereka tempat untuk berkeliaran.

Menurut Guinness World Record, lembu terbesar di dunia direkodkan seberat 2,267 kilogram manakala lembu tertinggi pula berukuran lebih dua meter.

No comments