Terkini

Dego Ride, Perkhidmatan Teksi Motosikal


Image result for dego ride

Sejak Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan beliau untuk membawa masuk GoJek, telah wujud kembali nama satu syarikat tempatan yang pernah menjalankan perniagaan seperti GoJek iaitu Dego Ride.

Dego Ride ialah perkhidmatan seakan teksi tetapi menggunakan motosikal bagi membawa penumpang ke destinasi yang diinginkan. Dego ride muncul ketika pengasasnya, Nabil Feisal Bamadhaj memikirkan keperluan pengguna kepada pengangkutan ringkas untuk pergi ke sesuatu lokasi yang agak jauh jika berjalan kaki tetapi pada masa yang sama tidak berbaloi untuk menaiki teksi.

Diketahui umum, cuaca negara ini yang agak panas, adalah tidak selesa jika berpeluh akibat dari berjalan kaki, khidmat ini membolehkan penumpang tiba dengan pantas dan selesa.

Pengasasnya masih berharap pihak kerajaan tidak mengetepikan Dego Ride yang pernah menyediakan perkhidmatan di negara ini. Dego Ride pernah beroperasi di Malaysia pada tahun 2016 dan diharamkan pada awal 2017 atas alasan ia tidak memiliki ciri keselamatan dan tidak mahu masyarakat terdedah pada bahaya.

Image result for dego ride
Pihak JPJ turut diarahkan untuk mengambil tindakan terhadap penunggang Dego Ride. Seramai tiga orang penunggang Dego Ride pernah ditahan pada awal tahun 2017 selepas pihak JPJ menyamar sebagai penumpang. Dego Ride dianggap salah kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana salah guna lesen kenderaan motor (LKM) yang dikhaskan untuk kegunaan peribadi.

Pada 2016 semasa Dego Ride beroperasi, mereka menawarkan khidmat pengangkutan untuk jarak tiga kilometer ke bawah dengan tambang RM2.50 bagi satu perjalanan. Dego Ride turut berjaya menggaji lebih 1,500 ‘mat motor’ dan mempunyai purata seramai 100 pelanggan setiap hari. Pelanggan tidak perlu risau kerana topi keledar sentiasa disembur penyegar udara bagi menghilangkan bau yang tidak enak, selain menyediakan penutup rambut kepada penumpang yang memerlukan. Bagi menjamin keselamatan, meraka turut tidak menyediakan perkhidmatan ketika hujan lebat.

Perbandingan harga antara Dego Ride dan Teksi  pada 2016 yang boleh kita lihat ialah, tambang sehala ke KLCC yang mengambil masa hanya tujuh minit ialah Rm 2.50, manakala perjalanan pulang dengan teksi selama 15 minit pula sebanyak Rm 15.00.

Image result for dego rideTetapi baru-baru ini, topik ini kembali hangat dan kerajaan sedang mempertimbangkan Dego Ride dan meneliti dari setiap sudut termasuk implikasi perkhidmatan itu. Ini juga bagi membantu golongan anak muda yang memiliki motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mode kenderaan itu. Syed Saddiq berkata penunggang Dego Ride boleh menjana pendapatan sekitar Rm 1,500 sehingga Rm 3,000.
 
Bermula 29 Ogos 2019, Dego Ride menawarkan perkhidmatan percuma walaupun kerajaan baru menerima cadangan untuk memperkenalkan semula perkhidmatan perkongsian motosikal.  Tawaran ini terhad sekali sehari dengan menggunakan penunggang yang sedia ada dari tahun 2016.




No comments