Terkini

Alternatif Gopro Yang Mampu Anda Beli


Image result for picture that taken using gopro

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kamera aksi GoPro telah berkembang pesat di pasaran dengan pelbagai alternatif yang berkualiti tinggi. Setiap syarikat pengeluar menetapkan standard untuk apa yang dicari apabila berkaitan dengan kamera kecil yang tahan lasak. Peranti yang kukuh, agak murah dan cukup kecil untuk duduk ditapak tangan, boleh dilekatkan ke hampir apa sahaja; dari papan luncur, tripod, helmet hingga ke burung helang, menghasilkan video berkualiti tinggi yang boleh dimasukkan ke dalam media sosial.

Berjuta orang telah menggunakan GoPro untuk merekodkan terjunan udara, penerbangan drone, sukan air dan sukan berbasikal di gunung. Ianya juga selalu digunakan bagi merakam video ketika melancong atau majlis tertentu. Bagi mereka yang baru berjinak dengan GoPro akan merasa tidak mampu membelinya kerana GoPro Hero(original) terlalu mahal. Tambahan lagi dengan aksesori tambahan yang tidak didatangkan sekali. Itulah sebabnya mengapa ramai orang mencari kamera seakan GoPro tetapi pada harga yang lebih murah. Terdapat banyak pesaing GoPro yang bagus, lebih murah, malah memberikan hasil yang lebih baik.

Untuk membantu anda mencari pengganti bagi GoPro, berikut adalah panduan kepada kamera GoPro berdasarkan kualiti video, ketahanan, ekonomi dan kebolehannya.


Campark ACT74 - RM 338

Image result for Campark ACT74

Kelebihan:
  • Harganya yang murah
  • Didatangkan dengan aksesori tambahan
  • Kalis air dengan menggunakan housing yang didatangkan sekali
  • Bateri tahan lama
Kekurangan:
  • Kualiti video boleh diperbaiki, terutama 4K
  • Suara rakaman tidak memuaskan

Melihat pada spesifikasi dan apa yang terdapat dalam kotak, Campark ACT74 boleh dikategorikan sebagai murah. Anda dapat rakaman 4K pada 30fps, 16MP dan kalis air sehingga ke 30m/98 kaki dengan housing. Dengan adanya Wi-Fi, memudahkan anda memindahkan rakaman dan mengawal kebanyakan tetapan melalui aplikasi mudah alih.

Kamera ini lengkap dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 90 minit setiap kali penggunaannya dan mount yang membolehkan anda melekatkannya pada helmet, papan luncur, pemegang basikal dan banyak lagi. Anda akan perlu membayar lebih untuk semua aksesori ini apabila membeli kamera yang lain, menjadikan Campark ACT74 lebih berbaloi dibeli.

Sudah tentu kamera ini mempunyai beberapa kekurangan sesuai dengan harganya. Ketepuan warna dan butiran imej tidak begitu mengagumkan terutama dalam pencahayaan yang kurang dan anda akan mendapat video yang lebih baik dalam HD dari mod 4K.

Kanta 170 darjah mempunyai sudut tontonan yang luas tetapi akan terjadi barrel distortion (lengkungan) pada bucunya. Rakaman bunyi bagi kamera ini bukanlah terbaik dan boleh menjadi tidak jelas. Walaupun wujud isu ini, kadang-kadang ianya tidak menjadi masalah kerana tumpuan yang lebih utama adalah pada visual.

Secara keseluruhannya, dengan pencahayaan yang baik dan tangan yang cekap, ia masih boleh menghasilkan rakaman yang baik di daratan atau di laut. Jika anda ingin menggunakan GoPro tetapi tidak mempunyai wang yang banyak, Campark ACT74 adalah pilihan yang tepat.


Akaso V50 – RM 449

Image result for Akaso V50

Kelebihan:
  • Rakaman 4K yang cantik
  • Didatangkan dengan aksesori tambahan (alat kawalan dan bateri)
  • Kalis air dengan menggunakan housing yang didatangkan sekali
  • Mempunyai ciri tambahan berbanding kamera yang sama harga
Kekurangan:
  • Kurang ketepatan warna terutama ketika kurang pencahayaan
  • Rakaman suara yang tidak berapa bagus

Akaso V50 boleh merakan video sehingga 4K/30fps, mengambil gambar pada 20MP dan mempunyai pelbagai perkakas dan perisian yang boleh menjadikannya antara alternatif yang terbaik. Terdapat mod menyelam yang boleh mengimbangi kehilangan cahaya dibawah air, dan penstabilan imej untuk mengurangkan getaran dari tangan yang bergerak. Kamera ini mempunyai jangka hayat yang standard sekitar 90 minit.

Anda boleh menukar bidang paparan dari sempit ke lebar dengan kadar yang cepat. Ini adalah sesuatu yang susah untuk didapati lebih-lebih lagi bagi kamera kos rendah. Pemilihan bidang paparan yang lebih sempit membantu mengelakkan barrel distortion. Terdapat juga tetapan distortion calibration untuk membantu mengimbangi isu ini.

Kualiti video adalah baik walau dalam 4K, cuma warna boleh terlihat sedikit tipu/tidak asli jika anda merakam dalam keadaan gelap. Kadang-kala mikrofon yang siap dibina tidak begitu baik. Tetapi jangan risau kerana Akaso V50 menyokong tambahan yang boleh disambungkan ke tapak USB disisi kamera. Jika anda merancang untuk merakam video dengan suara, mungkin anda tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk mikrofon.

Yang menariknya, Akaso V50 didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan. Terdapat bateri tambahan dan pengecas, alat kawalan yang dipasang di pergelangan tangan, beberapa jenis mount dan housing kalis air yang boleh bertahan sehingga 30m/98kaki. Terdapat juga sokongan aplikasi Android dan iOS yang boleh menyambungkan telefon pintar melalui Wi-Fi untuk mengawal tetapan dan memindahkan fail.


Yi Lite – RM 519

Image result for Yi Lite

Kelebihan:
  • Bateri yang tahan lama
  • Kualiti imej pegun dan video yang mengagumkan
  • Kalis air jika menggunakan housing
  • Skrin sentuh yang responsif
Kekurangan:
  • Tiada penstabilan imej pada 4K
  • Kekurangan GPS dan sensor yang lain
  • Tidak diberikan aksesori tambahan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yi mempunyai reputasi yang bagus dalam menghasilkan pelbagai jenis action camerayang berkualiti pada pada harga yang rendah. Harga Yi Lite adalah lebih kurang sama dengan AKASO V50 apabila dikira dengan housing kalis air. Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak akan menggunakannya didalam air, anda boleh menyimpan duit dengan tidak membeli housing kalis air.

Walaupun secara teknikal kameranya 4K 15fps (NTSC) atau 20fps (PAL) pada resolusi itu tidak mencukupi untuk mendapatkan video yang lancar melainkan jika anda menggunakan tripod kerana penstabilan imej tidak berfungsi pada mod itu.

Lain pula apabila anda merakan di dalam HD, dengan video 50/60fps ia mampu menghasilkan video yang baik. Walaupun pada 16MP, Imej pegun yang diambil akan cantik pada pencahayaan yang rendah. Bateri kamera ini mampu bertahan sehingga dua jam tanpa mengira mod video yang anda gunakan.

Walaupun saiz yang sedikit kecil, skrin sentuh sangat responsif dan interface senang digunakan, menjadikan pelbagai tetapan kamera kebih mudah daripada kamera harga rendah yang lain. Tetapi jangan terlalu berharap pada rakaman bunyi – seperti kamera murah yang lain, ianya bukanlah yang terbaik.



Eken H9R – RM 140

Image result for eken h9r

Kelebihan:
  • Menghasilkan kualiti gambar dan video yang cantik
  • Sesuai untuk aktiviti luar
  • Wi-Fi terbina dengan alat kawalan memudahkan untuk merakam
  • Kualiti audio yang bagus
  • Aksesori tambahan dalam kotak
Kekurangan:
  • 4K tidak boleh digunakan pada fps yang diberi (15fps)
  • Lambat untuk menghidup semula
  • Memerlukan dua saat untuk mengambil gambar
  • Lambat memulakan rakaman


Jika suka berkongsi cerita tentang apa yang dilakukan secara siaran langsung, Eken H9R adalah sesuai untuk lakukan siaran langsung mengenai pengembaraan anda melalui Apple iOS. Video boleh disiarkan serta merta secara langsung di Facebook atau Youtube dan kongsikan minat dengan orang lain melalui aplikasi EZ iCam.

Bagi yang sukakan aktiviti air, camera ini kalis air jika dipasangkan housing sehingga ke kedalaman 30m/100 kaki. Housing itu bukan sahaja direka untuk kalis air, bahkan untuk melindungi kamera pada persekitaran dan keadaan yang melampau tidak kira sama ada didalam air atau diluar air.  

Walaupun harganya murah, kamera ini mempunyai resolusi video setinggi 4K pada 25 fps memudahkan aktiviti fotografi dan videografi pada masa yang sama. Eken H9R mudah dilekatkan pada pada sesuatu dan bola dipakai di helmet untuk berlumba basikal, meluncur air, menyelam dilautan dan melakukan aktiviti yang mencabar.

Paparan LCD FHD dua inci sesuai untuk menonton semula video atau gambar yang diambil. Pelbagai penapis dan tetapan berbeza mudah diselenggara dan membantu membuatkan rakaman menjadi cantik.

Seperti kebanyakan kamera, Eken H9R juga mempunyai beberapa kekurangan seperti lambat untuk dihidupkan dan mengambil masa untuk menangkap gambar atau mengambil video. Namun, kamera ini masih berbaloi untuk dimiliki kerana ia dilengkapi dengan tripod , dua bateri 1050mAh yang boleh dicas semula, kawalan jauh dan 14 aksesori action camera.


Akaso Brave 4 – RM 289

Image result for Akaso Brave 4

Kelebihan:
  • Gambar yang cantik
  • Senang untuk dikendalikan
  • Bateri tahan lama
  • Mempunyai beberapa sudut pandangan
  • Aksesori tambahan dalam kotak
Kekurangan:
  • Permukaan kamera sangat rapuh
  • Kurang sokongan pengguna, manual tidak diberikan
  • Alat kawalan tidak kalis air


Versi yang dipertingkatkan dari Siri Akaso EK7000 ini adalah kamera kecil yang mempunyai 4K pada 24fps, 2K pada 30fps dan resolusi video 1080p dan mengambil gambar pada 20MP. Ini membolehkan mengambil gambar dan video ultra HD yang luar biasa dan jelas.  

Fungsi sudut paparan dengan anti goncangan bermaksud anda boleh menyesuaikan sudut pandangan antara 170,140,110 dan 70 darjah sementara giroskop pintar akan memastikan imej bebas goncangan sekaligus membuatkan video lebih lancar.

Akaso Brave 4 sesuai untuk mereka yang sukakan pengembaraan dan alam semulajadi, kamera ini boleh digunakan didalam atau diluar air. Jika ingin dibawa ke dalam air, dengan memakai housing, kamera ini boleh dibawa sehingga kedalam 30m/ 100 kaki. Skrin IPS dua inci membolehkan anda melihat kembali video walau dimana anda berada.

Tidak sabar untuk berkongsi aktiviti yang sedang dilakukan? Ianya tidak menjadi masalah untuk kamera ini kerana terdapat Wi-Fi (sehingga 10 meter) yang siap dibina yang boleh disambungkan ke telefon pintar atau tablet  menggunakan aplikasi Akaso DV. Lihat, ubah dan kongsikan video serta merta. Sebagai alternatif, terdapat pot USB untuk memindahkan fail ke komputer riba atau televisyen.

Yang paling menarik, kamera ini didatangkan dengan beberapa aksesori percuma seperti dua bateri 1050mAh yang boleh dicas semula, alat kawalan jauh yang boleh dipakai di tangan dan 19 aksesori lain.  Setiap bateri boleh merakam sehingga 90 minit.

Antara kekurangan kamera ini adalah ianya tidak menyokong mikrofon luaran, alat kawalan yang diberi tidak kalis air dan manual serta kad SD  tidak diberikan. Tetapi kamera ini mudah dikendalikan walau tanpa manual.


YUNTAB 1080p – RM 150

Image result for YUNTAB 1080p

Kelebihan:
  • Sesuai untuk rakaman video pada 1080p 60fps
  • Aplikasi yang bagus untuk pemindahan gambar dan video
  • Ringan dan bersaiz kecil
  • Aksesori tambahan dalam kotak
Kekurangan:
  • Focus yang tidak tepat
  • Badannya boleh jadi panas
  • Kualiti audio yang tidak berapa baik


Yuntab boleh mengambil gambar sehingga 5MP dan 1080p HD penuh pada 30fps video. Terdapat beberapa mode berbeza untuk digunakan bagi sukan, pemanduan dan lain-lain aplikasi.  Dengan hanya menggunakan butang ketas dan kebawah di sisi kamera, kamera ini boleh digunakan untuk mengambil gambar dimana sahaja tanpa bimbang untuk membeli peralatan kamera yang mahal.  Terdapat beberapa mode yang boleh digunakan seperti single shot, continuous shot dan self timer. Kecerahan juga boleh disesuaikan (lebih gelap atau lebih cerah) untuk mengambil gambar yang lebih baik.

Dengan menggunakan housing, kamera ini boleh menjadi kalis air sehingga ke kedalaman 30m/100 kaki. Seperti kebanyakan GoPro, kamera ini turut mempunyai fungsi yang sama untuk merakam aktiviti yang menakjubkan tidak kira sama ada didalam atau diluar air.

Kamera ini mempunyai lensa sudut lebar 120 darjah yang menawarkan perspektif yang berbeza dari kamera aksi biasa, imej yang lebih luas membuatkan gambar yang diambil menjadi lebih cerah dan lebih cantik walaupun pada sudut yang tidak dapat dilihat oleh mata. Baterinya boleh ditanggal  untuk dicas dan sangat mudah diganti apabila perlu.

Terdapat beberapa had yang jelas dalam apa yang kamera ini boleh tawarkan berdasarkan spesifikasinya. Sesuai dengan harganya, kamera ini hanya boleh mengambil gambar sehingga 5MP dan tidak boleh terlalu berharap akan kualiti gambarnya. Kamera ini turut mempunyai kualiti audio yang kurang baik. Tambahan lagi dengan ketiadaan bunyi beep apabila mengambil gambar.



No comments