Pesaing GoPro Yang Mungkin Boleh Dipertimbangkan

GoPro telah berjaya dalam menghasilkan action camera dan menjadikannya industri berbilion dollar. Tetapi mereka bukan lagi satu-satunya pengeluar yang berada di pasaran. Dari jenama terkenal seperti Sony, Garmin da lain-lain membawa ciri inovatif dan merupakan pesaing yang kuat untuk GoPro.
Berikut adalah senarai beberapa pesaing uatam GoPro dan ciri khas mereka.
Garmin VIRB Ultra 30 - Untuk Ahli Sukan Profesional (RM3714)
Kelebihan:
- Badan tahan gegaran
- 4K dan pilihan penggambaran kelajuan tinggi
- Sambungan Bluetooth atau ANT + ke sensor
- Pengurusan telefon pintar melalui Wi-Fi (termasuk siaran langsung Youtube)
- Penstabil imej elektronik 3 paksi
- Arahan lisan
Kekurangan:
- Penstabilan tiada dalam 4K
- Jangka hayat bateri yang terhad
- Memerlukan housing untuk menjadi kalis air
- Tiada aksesori tambahan dalam kotak
Kamera GoPro lain mungkin dicipta untuk merakam apabila melancong dan sukan yang biasa, tetapi Garmin VIRB Ultra 30 direka untuk sukan lasak yang melampau atau penembak profesional. Ciri yang paling unik pada kamera ini adalah G-Metrix. Ia boleh mencatat data prestasi seperti kelajuan, ketinggian, denyutan jantung dan G-Force bagi orang yang mengambil berat terhadap kesihatan mereka. G-metrix ini yang membezakan kamera ini dengan kamera yang lain.
Garmin VIRB Ultra 30 juga mempunyai empat sensor: accelerometer, giroskop, kompas dan barometer. Secara keseluruhnya, ia memberikan maklumat tentang kelajuan, pecutan gravity, tempoh berada diudara dan banyak lagi. Garmin turut menjual sensor tambahan yang boleh disambungkan ke VIRB untuk mengumpul data seperti suhu dan denyutan jantung. Data ini amat penting bagi seorang atlet untuk tahu dan simpan.
Ini adalah Garmin pertama yang menawarkan rakaman 4K pada 30fps. Kesannya, ia menghasilkan kualiti gambar dan video yang hebat dengan warna-warna cerah dan ketajaman yang sangat baik. Malah, lebih baik dari sesetengah model GoPro. Walaubagaimanapun, penstabilan imej adalah terhad kepada 1080p. Kamera ini dapat berfungsi dengan baik kerana adanya fungsi Bluetooth, PS, mikrofon siap dibina dan sambungan Wi-Fi yang boleh di sambungkan ke telefon pintar dan boleh menyiarkan video secara langsung di Youtube.
Manakala kekurangan pada kamera ini ialah ia tidak didatangkan dengan sebarang aksesori tambahan, agak kecil dan tidak kalis air tanpa housing. Tetapi dengan housing, kamera ini boleh menyelam didalam air sehingga kedalaman 40 m/130 kaki. Ketahanan baterinya agak terhad terutaman apabila teknologi digunakan. Bateri hanya boleh bertahan kurang dari satu jam dengan merakam dalam mode 4K. Tetapi masalah ini boleh diselesaikan dengan membeli bateri tambahan.
Sony FDR X3000R - Penstabilan Imej Yang Terbaik (RM 1529)

Kelebihan:
- Penstabilan imej yang baik
- Housing untuk menyelam yang bagus
- Kualiti video dan suara yang bagus
- Zoom digital 3x
Kekurangan:
- Tiada aksesori tambahan didalam kotak
- Imej pegun yang tidak cantik
Sony mengambil pendekatan yang berbeza apabila berkaitan dengan action camera, Sony FDRX3000 mengorbankan sedikit saiz dan berat untuk penstabilan imej yang baik, zom yang betul dan video yang cantik. Anda juga akan perasan perbezaan baki di dalam bank anda juga, tetapi itu tidak hairan bagi peralatan Sony.
Walaupun ia lebih besar daripada model lain yang tersenarai sini, ini tidak bermakna ianya terlampau besar. Dengan 29mm x 47mm x 83 mm dan 114 g, tidak akan ada masalah jika ingin dipasang pada helmet atau pemegang basikal anda.
Aspek yang paling mengagumkan adalah penstabilan imej optik yang jauh lebih baik daripada versi elektronik yang digunakan oleh pesaing yang lebih murah. Peningkatan visual yang jelas dan hampir tiada goncangan dapat dilihat terutama apabila kamera dipasang pada sesuatu sebagai contoh helmet. Warna dan perincian sangat cantik lebih-lebih lagi apabila mendapat pencahayaan yang baik.
Kamera ini turut dilengkapi dengan sepasang mikrofon depan supaya anda akan mendapat rakaman bunyi yang kebih baik tetapi terdapat juga pilihan untuk menggunakan mikrofon tambahan jika memerlukannya. Wi-Fi, GPS dan Bluetooth semuanya siap dibina sekali walaupun ianya bakal menghabiskan bateri. Bateri akan bertahan selama dua jam jika kesemua ini dimatikan dan bertahan hanya sejam jika ia diaktifkan.
Kamera Sony FDR X3000 boleh dicapai sehingga 4K/30fps. Kualiti video sangat baik tetapi imej tidaklah begitu cantik kerana ini adalah peranti yang fokus pada video. Bagi yang ingin merakam dalam air, kamera ini memerlukan housing dan boleh mencapai sehinggan 60m/195 kaki. Ianya adalah satu kedalaman yang sangat bagus. Malangnya, tiada apa dalam kotak. Jika memerlukan, semuanya perlu dibeli berasingan seperti penutup lens, bateri tambahan dan mount.
Yi 4K+ - Kualiti 4K Terbaik (RM 949)

Kelebihan:
- Video 4K / 60 fps yang jelas
- Kualiti imej yang luar biasa
- Penstabilan imej elektronik sehingga 4K / 30 fps
- Mudah untuk digunakan
- Kawalan aplikasi yang baik
- Menyokong mikrofon tambahan
Kekurangan:
- Memerlukan housing untuk menjadi kalis air
- Kawalan suara yang tidak baik
- Tiada aksesori tambahan dalam kotak
Mampu menghasilkan video 4K pada 60fps, spesifikasinya hampir sama dengan Hero GoPro Black tetapi dengan harga yang lebih rendah. Terdapat penstabilan imej elektronik apabila merakam pada 4K/30fps dan kebawah. Jika anda ingin mengambil gambar, kamera yang dilengkapi 12MP mampu melakukan dengan lebih baik dari yang lainnya.
Anda akan mendapat hasil, warna dan perincian yang lebih baik dari kedua-dua video dan imej, dengan sokongan penyimpanan gambar dalam format RAW atau JPAG untuk lebih kemudahan penyuntingan selepas itu. Ini turut dibantu dengan kad micro-SD yang berkelajuan tinggi bagi menghasilkan video yang berkualiti tinggi.
Anda boleh menyambungkan mikrofon sendiri pada kamera ini dan pengecasan dilakukan melalui USB-C, bukan mikro-USB yang biasa kita lihat. Yi 4K+ turut menyokong Bluetooth, Wi-Fi dan mempunyai skrin sentuh yang lebih besar. Jika anda bersuara nyaring atau menjerit pada kamera, kawalan suara akan digunakan.
Sebaliknya, kamera ini tidak termasuk bateri, mount dan aksesori lain. Malah anda perlu membayar lebih untuk mendapatkan aksesori tersebut. Kamera juga tidak kalis aik tidak seperti model GoPro. Walapun begitu, ia boleh menyelam sehingga 40m/130 kaki dengan housing kalis air.
Keseluruhannya, ini adalah pesaing GoPro yang hebat pada harga yang lebih murah dan berbaloi untuk dimiliki jika anda merancang untuk selalu merakam video 4K.
GoPro Fusion - Kamera 360 (RM 2,259)

Kelebihan:
- Kualiti video yang bagus
- Terdapat mode overcapture
- Suara 360
- Kalis air
- Penstabil perisian yang bagus
- Perisian desktop yang bagus
Kekurangan:
- Aplikasi banyak tidak boleh digunakan
- Tiada perlindungan lensa
- Kualiti imej tidak berapa baik
Apa yang menjadikan kamera ini unik dan menjadi penyebab penjualan utama adalah ‘overcapture’, satu ciri yang membolehkan merakam video HD 1080p dari mana-mana sahaja dalam lingkungan 360. Berbanding dengan kamera lain yang menggunakan satu lensa yang menghala ke depan, kamera ini menggunakan dua lensa ultra lebarnya untuk menangkap imej 360 yang penuh. Tambahan lagi, Fusion direka untuk menghasilkan kedua-dua video HD dan bulat, yang menawarkan pengguna lebih banyak potensi dari apa yang mereka dapat dari kamera semasa.
Ini adalah cara yang sangat berbeza untuk menghasilkan kandungan video. Oleh kerana ia dirakam dari beberapa arah pada masa yang sama, jadi anda boleh tetapkan arah mana yang ingin diambil. Ini tidak menimbulkan masalah dari segi merakam perspektif tunggal, tidak berubah dan berpeluang untuk menghasilkan gerakan kamera yang susah untuk rakaman yang lebih menarik. Sesuai dengan kameranya yang 360, mikrofon turut mempunyai audio 360yang menggabungkan bunyi dari pelbagai arah.
Kamera ini kalis air sehingga 5m/16 kaki tanpa perlu housing, mempunyai GPS, 4 mikrofon, Wi-Fi, Bluetooth dan aplikasi telefon pintar dan perisian desktop. Kamera ini didatangkan dengan 32GB kad SD yang boleh merakam sehingga 75 minit. Jika sanggup untuk berbelanja lebih, terdapat pengecas bateri yang boleh mengecas dengan pantas.
Meskipun menjadi kamera pertama yang mempunyai 360, Fusion juga mempunyai beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki seperti memerlukan dua kad SD untuk berfungsi (diberikan sekali). Ianya juga tidak mempunyai perlindungan lensa yang mungkin tidak akan disukai sesetngah orang. Saiznya juga agak besar jika dibandingkan dengan GoPro yang lain.
Drift Ghost 4K – Untuk Penunggang Motosikal (RM 1,300)

Kelebihan:
- Aplikasi Drift Life
- Mempunyai dua mikrofon
- Alat kawalan yang boleh dipakai di tangan
- Aksesori tambahan dalam kotak
- Bateri tahan lama
Kekurangan:
- Tiada skrin untuk melihat
- Kamera berhenti merakam dengan sendiri
- Banyak pesaing yang boleh memberikan kualiti gambar lebih baik pada harga yang sama
Kamera ini adalah tentang menyesuaikan diri dengan kehidupan dan gaya menunggang motosikal. Dengan bantuan beberapa jenis mount dan lensa berputar, kamera ini boleh dilekatkan hampir ke apa-apa sahaja untuk mendapatkan sudut yang sempurna.
Aplikasi Drift Life yang boleh dihubungkan melalui Wi-Fi yang siap terbina membolehkan mengawal rakaman mula/berhenti dari jarak jauh, menangkap gambar dan mengakses rakaman dari jarak 33 kaki. Aplikasi ini juga membantu untuk menyiarkan rakaman ke Facebook. Gambar boleh diambil dengan 12MP secara satu-satu atau beberapa gambar sekaligus, turut menyokong rakaman masa. Selain itu, dengan latihan pergerakan motosikal yang baik membantu memaparkan gerak kemahiran menunggang dengan meperlahankan rakaman sekurang-kurangnya dengan empat kali ganda.
Kamera ini mempunyai dual mikrofon yang siap terbina, satu dibahagian depan dan satu dibelakang untuk menangkap bunyi dinamik sambil mengurangkan bunyi angin. Ia turut menyokong mikrofon tambahan yang boleh disambungkan ke USB port. Kamera ni menawarkan penstabilan video dalam mode 1080p untuk mengimbangi goncangan dan meminimumkan kabur. Ini menambah lagi kualiti rakaman. Satu lagi fungsi yang sangat berguna adalah ia boleh diaktifkan serta merta dan mula merakam dengan menekan satu butang sahaja.
Drift Ghost 4K mempunyai reka bentuk modular dengan dok sisi yang menyokong modul LCD Drift pilihan atau modul bateri pilihan. Modul LCD pilihan membolehkan melihat kembali gambar dan melihat tetapan. Tetapi ia juga mempunyai skrin kecil dibahagian belakang yang memaparkan tetapan asas seperti resolusi yang dipilih dan kadar frame. Untuk penyimpanan, memori sebesar 4GB siap terbina dan menyokong sehingga 128GB kad mikroSD tambahan. Bateri sebesar 1500mAh siap terbina dan terdapat bateri tambahan, cuma jika inginkan bateri yang lebih besar kapasiti ianya ada dijual secara berasingan.
Aksesori yang disertakan termasuk mount yang melengkung dan rata untuk melekatkan kamera kepada ke apa-apa objek (seperti helmet), klip pelekat untuk menjaga kamera apabila melekatkannya pada sesuatu dengan fungsi senang ditanggalkan. Tambahan lagi, alat kawalan jauh yang boleh dipakai di tangan yang menggunakan Bluetooth supaya boleh mengawal fungsi uatama dari jarak jauh.
No comments