6 Perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai Gojek

Gojek merupakan syarikat rangkaian pengangkutan dan logistik yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Kini gojek sudah beroperasi di Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand dan dijangka akan turut beroperasi di Filipina dan Malaysia. Ini antara info yang mungkin anda tidak mengetahui mengenai Gojek.
1. Gojek diasaskan pada tahun 2010 oleh Nadiem Makarim. Aplikasi gojek pula telah dilancarkan pada tahun 2015 dan tidak sampai dua tahun ianya telah berjaya mendapat hampir 30 juta muat turun.
2. Terdapat beberapa syarikat gergasi yang telah melabur keatas gojek antaranya Google, Tencent, dan Temasek. Kini nilai syarikat Gojek telah mencapai lebih kurang sebanyak USD9.9 bilion (RM40 bilion).
3. Kajian mendapati pendapatan purata untuk pemandu sepenuh masa adalah dalam RM1,020 sebulan. Pendapatan ini lebih tinggi daripada gaji purata pekerja di Indonesia iaitu sebanyak RM820 sebulan.


4. Gojek telah banyak memberikan sumbangan terhadap ekonomi negara Indonesia. Terdapat laporan mengatakan anggaran sebanyak 9.9 trilion rupiah (RM3 bilion) disumbangkan kepada ekonomi Indonesia.
5. Gojek bukan sekadar teksi motorsikal, malah terdapat 20 servis yang ada pada Gojek iaitu :
- Go-Pay - E-Wallet
- Go-Ride - Teksi Motorsikal
- Go-Car - E Hailing kereta
- Go-Food - Penghantaran Makanan
- Go-Food Festival - Festival untuk peniaga Go-Food
- Go-Mart - Pembelian atas talian untuk barangan runcit
- Go-Shop - Pembelian atas talian untuk barangan yang tiada di Go-Mart
- Go-Send - Khidmat penghantaran barang dan dokumen
- Go-Box - Khidmat penghantaran barang yang memerlukan pengangkutan yang besar dan berat
- Go-Tix - Penjualan tiket hiburan
- Go-Med - Penghantaran produk berunsurkan ubat - ubatan
- Go-Massage - Khidmat urutan personal
- Go-Clean - Khidmat membersih rumah
- Go-Glam - Aplikasi berkaitan kecantikan rambut, penjagaan kuku, waxing, dan muka
- Go-Auto - Khidmat berkaitan automobil
- Go-Pulsa - Khidmat topup
- Go-Bills - Khidmat bayaran bil elektrik
- Go-Points - Program loyalti dengan pemberian koin yang boleh ditebus
- Go-Play & Go-Studio - Projek perniagaan online content. Go-Play sebagai streaming provider dan -- Go-Studio sebagai syarikat produksi
- Go-Pertamina - Penghantaran minyak sesiapa yang memerlukan


6. Gojek merupakan satu-satunya syarikat di Asia Tenggara yang disenaraikan dalam "Fortune's Companies that Changed the World" pada tahun 2017 dan disenaraikan di tempat ke-17 bersama dengan syarikat Apple Inc (tempat ke-3) dan Microsoft Inc (tempat ke-25)
No comments