Tak perlu lagi untuk berhabis duit ke kelas bahasa
Pernah tak korang rasa malu untuk bersembang dengan kawan berlainan bangsa sebab masalah bahasa? Pernah tak korang hadapi masalah bila pergi ke luar negara? Pernah tak berkeinginan untuk fasih semua bahasa? Untuk pergi ke kelas bahasa memerlukan komitmen yang tinggi, yuran bulanan yang mahal dan otak yang cerdas.
Kajian menunjukkan ramai orang tidak berani untuk melancong dan bekerja di luar negara kerana masalah bahasa. Tetapi mengapa ramai orang politik dan ahli perniagaan yang berjaya boleh ‘hidup’ dengan hanya satu bahasa? Yang sebenarnya, mereka mengupah jurubahasa daripada membazir duit dan masa untuk belajar bahasa yang baru.
Korang juga boleh ada jurubahasa persendirian. Tapi bukan orang ianya adalah peranti. Terdapat berpuluh-puluh peranti penerjemah bahasa yang berada di pasaran dari yang mahal sehingga yang mampu dimiliki. Selepas ini, tiada lagi masalah apabila melancong ke luar negara, tidak perlu lagi habiskan masa dan duit untuk belajar bahasa yang tidak pasti berhasil.
Berikut adalah antara peranti yang mungkin korang boleh dapatkan:
1. Ili Instant Office Language Translator Device

Peranti ini mudah digunakan apabila melancong kerana ianya tidak memerlukan wi-fi. Ili Instant Office boleh digunakan dimana dan bila-bila masa sahaja. Dengan rekabentuk yang padat, ianya boleh dipakai seperti rantai dengan hanya menggunakan tali. Ili didatangkan dengan tiga bahasa selain bahasa Inggeris tetapi disebabkan peranti ini merupakan penterjemah satu hala, ia boleh menterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Sepanyol, Jepun dan China. Ciri lain adalah navigasi dan peta tempat-tempat penting untuk mencari makan dan berbelanja semasa bercuti.
2. SSK Smart Language Translator Device
Peranti ini boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan dan menawarkan beberapa ciri yang mengagumkan. Ianya mudah di akses, ketepatan yang boleh dipercayai, bateri yang tahan lama untuk perkhidmatan yang luar biasa. Tidak seperti peranti penerjemah yang lain, SSK Smart Language menyediakan sehingga 86 bahasa. Ia juga mempunyai ciri pengecaman gambar. Jadi dengan hanya mengambil gambar dan boleh terus dapatkan terjemahan dalam beberapa saat. Untuk akses yang mudah, peranti ini boleh dikendalikan dari Android.
3. Weikin Portable Language Translator Device
Jika mudah berasa rimas dengan bateri yang cepat habis, korang mungkin boleh mempertimbangkan untuk beli peranti ini kerana ia boleh bertahan sehingga 5-8 hari. Dengan bateri yang kuat 1200mAh, ia dapat digunakan berterusan sehingga 10 jam. Tambahan lagi, Weikin Portable Language boleh digunakan sebagai wi-fi hotspot untuk alat peranti yang lain. Korang Cuma perlu masukkan 4G SIM. Ia juga mempunyai alat rakaman.
4. OXSII Handheld Pocket Smart Voice Translator Device
Kelebihan peranti ini ialah ianya bersaiz kecil dan boleh muat dengan senang kedalam poket. Selain daripada keupayaan yang luar biasa, ia terkenal dengan aksesnya yang mudah. Korang boleh mengendalikan peranti ini daripada telefon Android. OXSII Handheld Pocket Smart Voice ini boleh menterjemahkan sehingga 33 bahasa.
5. Aibecy Smart Language Translator Multi-Speech Text Translation Device
Peranti ini telah direka dengan terjemahan dua hala untuk mereka yang pentingkan kualiti dengan harga yang berpatutan. Korang akan tertarik untuk membeli peranti ini setelah melihat ciri dan perkhidmatannya. Aibecy Smart Language Translator boleh menterjemahkan sehingga 30 bahasa. Korang boleh memilih sama ada inginkan jawapan dalam bentuk audio atau tulisan. Apa yang membuatkan peranti ini lain dari yang lain ialah ianya ada Android/ aplikasi IOS sendiri yang memudahkan untuk dikendalikan dari telefon.
6. iFLYTEK Smart Electronic Voice Language Translator Device
Jika korang mencari peranti yang boleh digunakan walau dalam keadaan tiada internet, iFLYTEK Smart Electronic adalah penyelesaiannya. Alat penterjemah ini menyediakan fungsi penerjemahan dalam keadaan luar talian dan dalam talian yang sangat berguna pada mereka yang sedang melancong. Ianya senang diakses dan mempunyai bateri yang tahan lama. Peranti ini mempunyai ciri pengecaman gambar, korang cuma perlu ambil gambar dan terus dapatkan terjemahan dalam beberapa saat. Ia berfungsi pada papan tanda jalan, label pada produk, menu di restoran dan banyak lagi. Yang paling penting, ianya boleh menggunakan wi-fi atau 4G kad sim yang memberikan kemudahan apabila sedang bercuti. Boleh menterjemahkan sehingga 33 bahasa dari bahasa cina ke bahasa Rusia. Yang paling penting, peranti ini direka untuk menghalang bunyi bising supaya pengguna boleh bercakap dengan jelas pada mikrofon.
7. Instant Voice Language Translator Device by Birgus
Peranti ini bertindak seperti penterjemah manusia kerana ia boleh menterjemah dua hala sehingga 52 bahasa. Ini merupakan sesuatu yang susah untuk didapati. Walaupun harganya agak mahal, ianya berpatutan kerana ia menawarkan terjemahan yang tepat dalam beberapa saat. Tidak seperti peranti yang lain, Instant Voice mempunyai bateri berkuasa 1200 mAh.
8. Smart Voice Language Translator Salange Sogou pro, Smart AI 42 Kinds Language Mutual Translator 3.1
Salange Sogou merupakan jenama yang popular di dalam industri ini. Mungkin itu sebabnya mengapa ia menjadi pilihan bagi kebanyakan pengguna. Peranti ini boleh menterjemah dua hala sehingga 64 jenis bahasa secara dalam talian. Terjemahan disediakan dalam bentuk audio serta tulisan dan audio boleh dimainkan berulang kali. Peranti ini direka dengan ketepatan yang tinggi dan boleh dipercayai. Smart Voice boleh didapati dengan harga yang berbaloi kerana kebolehannya untuk menterjemah bahasa di dalam gambar juga.
9. TT Easy Trans Smart Language Translator Device
Jika korang sukakan peranti yang high-feature, TT Easy Trans Smart boleh mengagumkan korang dengan fungsi yang lebih baik. Penterjemahan boleh didapati dalam bentuk audio dan juga tulisan. Ia boleh menterjemah sehingga 52 bahasa tetapi percakapan perlulah jelas. Peranti ini boleh digunakan sebagai pembesar suara tanpa wayar bluetooth. Bukan sahaja untuk berkomunikasi, ia juga dapat membantu anda untuk belajar bahasa lain.
10. Smart Voice Language Translator Device by Da Xian
Jika Ili Instant Office tidak dapat memenuhi keperluan korang, cuba Smart Voice Language Translator Device by Da Xian ini. Ianya merupakan penterjemah dua hala dan menyokong penterjemahan vice-versa dari 38 bahasa. Peranti ini direka dengan ciri ketepatan yang tinggi membolehkan korang mendengar walau dalam keadaan yang bising. Dengan hanya menghubungkan internet 4G atau wi-fi, peranti ini sedia digunakan. Paling terbaik, ianya tidaklah begitu mahal.
No comments