Terkini

Cara mengumpul 'Action Figure'.


Image result for action figure

Mengumpul action figure boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan dan hobi yang boleh mendatangkan kepuasan. Ia membuatkan kita muda kembali dan membawa kembali sifat keanak-anakkan didalam diri. Semua orang ada watak kegemaran sama ada dalam televisyen, filem dan buku komik. Dengan mengumpul action figure adalah satu cara untuk menunjukkan minat pada rancangan tersebut. Sebagai contoh semestinya Star Wars.

Jika anda bijak membeli, ia akan menjadi satu pelaburan kewangan yang baik, kerana sesetengah action figure boleh mencapai harga hingga ratusan dollar.

Tentukan action figure apa yang anda nak kumpul dan kenapa?

Kita semua tahu bahawa action figureadalah sesuatu yang hebat, tetapi apakah alasan yang lagi kuat untuk mengumpul action figure? Jawapan ini akan membuatkan anda menjadi pembeli yang bijak dan menjadi pengumpul yang dengan koleksi yang lebih bagus.

Tahukah anda dengan mula mengumpul action figureakan mengambil ruang? Kebanyakan pengumpul akan membeli almari paparan yang cantik yang sudah semestinya mahal bagi memaparkan koleksi mereka. Jika masih kuat rasa ingin mengumpul action figure, anda boleh mula fikirkan tema untuk mengumpul action figure anda.

Hadkan koleksi anda hanya pada satu atau dua tema pada permulaan bagi menjimatkan wangpada sesuatu yang lebih penting. Ini akan menghalang anda dari membeli action figure yang menarik perhatian. Dengan tidak fokus juga akan membuatkan anda membeli action figure yang salah dan ini merupakan satu pembaziran.

Related image

Adakah anda minat pada sesuatu filem? Jika ya, hadkan pengumpulan  action figure anda berdasarkan filem tersebut. Anda hanya perlu mengumpul action figure berdasarkan filem kesukaan anda seperti Lord Of The Rings. Adakah anda peminat buku komik? Anda hanya perlu fokus pada karakter, cerita, filem atau rancangan televisyen tertentu.

Mungkin anda boleh mengumpul action figureyang anda ada semasa anda kecil. Mungkin ianya sedikit mahal tetapi berbaloi dan sangat mengimbau kenangan.

Atau, jika anda merupakan peminat kerja-kerja tangan, anda boleh juga memilih untuk mengumpul action figure yang mempunyai ukiran dan diwarna dengan teliti. Ini akan mencantikkan lagi koleksi apabila setiap figure baru diletakkan. Action figure seperti ini selalunya akan disimpan di almari paparan dan tidak akan digunakan untuk bermain.

Dimana patut dicari untuk memulakan proses pengumpulan?

Image result for action figure

Setelah anda dapat idea kenapa anda ingin mengumpul action figure, anda sudah boleh bermula mengumpul dengan membuat pembelian yang pertama. Mulakan dengan membuat sedikit kajian dengan membaca website berkaitan berkaitan action figure. Jika masih ragu, terdapat pelbagai blog dan forum yang boleh anda sertai dan berinteraksi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Anda boleh membeli action figure di:

  • Facebook : Anda boleh cuba menawar harga jika membeli dari pasaran Facebook. Kebanyakan penjual akan menjual action figure mereka untuk membersihkan ruang koleksi mereka. Anak-anak semakin membesar dan susah untuk menjaga figure dengan anak yang meminta untuk bermain dengan barang kesayangan.
  • Kedai mainan di pusat membeli belah : Terdapat lebih banyak pilihan yang boleh dilihat dan dipilih secara langsung. Sebagai contoh, jika anda mencari action figure Star Wars and bermatlamat untuk membeli dua figure sahaja  sebagai permulaan. Mungkin dengan tuah yang ada, anda akan dapat membeli koleksi yang menarik walaupun pada pembelian pertama. 
  • Carboot : Sesetengah penjual tidak tahu apa yang mereka ada, jadi anda berpeluang untuk mendapatkan action figure yang bagus pada harga yang murah. Tetapi dalam kes yang lain, mungkin action figure itu telah lama dan dalam keadaan yang agak usang  seperti cat pudar, kehilangan perhiasan dan sebagainya. Ianya bergantung kepada anda untuk menentukan betapa pentingnya keadaan sesuatu action figure itu.
  • Belian dalam talian : Dengan mencari action figuredidalam talian akan terdapat lebih banyak pilihan. Tetapi pastikan anda dapat sama seperti yang anda lihat. Tiada jaminan belian anda akan datang sampai dalam keadaan “mint”.

“Loose” atau “Mint”
Image result for star wars action figure
Topik ini antara yang menjadi perdebatan dikalangan pengumpul action figure.

“Loose” merujuk kepada action figure yang sudah dikeluarkan dari bungkusan bagi memaparkan mereka dalam gaya tertentu memegang hiasan (senjata, etc.). Sesetengah pengumpul merasakan ini mengurangkan nilai sesuatu figure itu kerana lagi lama figure berada didalam bungkusan, lagi tinggi nilainya.  Tetapi bagi sesetengah pengumpul pula, mereka tidak risau tentang harga jual semula dan memilih untuk memaparkan figure mereka secara “loose” untuk keseronokan dengan melihat action figure mereka beraksi.

“Mint” merujuk kepada action figure didalam keadaan dimana mereka dipaparkan di kedai, didalam bungkusan asal yang masih baru. Anda mungkin melihat syarat pengumpul dan lelongan seperti ‘MIB’ (mint in box), ‘MIP’ (mint in package) atau ‘NM’ (near mint, yang bermaksud figure masih didalam bungkusan tetapi mungkin ada terkoyak sedikit pada pembungkusan).

Tempat Pameran Action Figure

Banyak perkara yang perlu diambil kira tentang bagaimana anda ingin memaparkan figure anda. Ini juga penting untuk meningkatkan kepuasan mengumpul setelah membeli. “Loose” figure senang untuk dipamerkan berbanding dengan yang masih dalam bungkusan asal. “Loose” figure boleh dipamerkan dimana-mana tapi jika anda nak lebih bagus anda perlu mengeluarkan duit tambahan untuk membeli tempat khas yang cantik untuk mempamerkan  koleksi anda.

Related image

Banyak kedai perabot dan pasaraya yang menjual bekas paparan yang cantik dengan rak dan dinding kaca. Namun, harganya agak mahal tetapi ia memang cantik untuk mepamerkan action figure anda dengan lampu yang terpasang. Ini sangat bersesuaian untuk memaparkan koleksi di ruang tertentu dirumah atau dipejabat, dan membantu supaya koleksi anda dari bersepah ke merata tempat.

Jika anda tidak jumpa bekas paparan yang menepati citarasa, almari buku yang cantik juga boleh digunakan. Walaubagaimanapun semuanya adalah pilihan individu dan menjadi kepuasan kepada pengumpul itu sendiri.



No comments